Mar 28, 2011

lambat lagi bangun pagi! padan muka

 source : google
 Andai cinta itu datang, biarkan sahaja.... walaupun tidak dipandangan mata ia tetap ada dihati......

2 hari dah aku berjalan terenjut-enjut macam orang patah kaki. Ini lah akibatnya kelam kabut dipagi hari.  bangun lambat ke tempat kerja sudah sebulan menjadi rutin harianku.. entah sampai bila aku hendak jadi seperti ini.. dah pukul 10am baru aku bangun untuk pergi kerja. padahal tiap-tiap malam sebelum tidur mesti berniat "esok pagi tepat pukul 9am mesti dah sampai ofis!!" lastly.......hampehh.. hari-hari tiada kesedaran..

Waktu itu mula lah aku kelam kabut hendak mandi, capai tuala, mandi, pilih baju, pakai baju dan bersiap.  oleh kerana space bilik aku sekarang semakin menyempit dek kerana katil baru aku yang gedabak besar tu (size king maybe..) menyebabkan space untuk laluan ke bilik air sebesar 2 kaki sahaja, korang bayang lah nak lalu ke bilik air tengah kelam kabut tu main langkah main sepak jek, lastly aku tersepak bucu dinding bilik air.. Nyaman terasa jari klinking kaki aku time tu,  mau menjerit pun ade....kaki aku terus berdarah tak berhenti-henti, bertambah sejam lagi lambat untuk aku ke tempat kerja. hooyeahhh!

Sengalnye tak payah katalah, bila luka tersepak ni, sampaikan terkoyak kulit ujung jari kaki aku tu, mulanya aku ingat dah tercabut kuku, rasa macam dah tak tahu nak buat apa rasa sakit yang teramat sangat.  Nasib la hkulit sahaja yang terkoyak tu pun mau menitik air mata aku ni, harap aku tak meraung jek, kalau budak kecik comfirm keliling rumah aku berlari dan meraung kesakitan.. hahha * Silalah menjaga adap sopan sebagai anak dara.. wakakakaa*.  

So, pada hari tu aku ke kerja dengan kaki aku berbalut plaster. jumpa client pun aku cover jek kesakitan yang dialami. dengan heels cun aku tu, berjalan penuh hemah.. sekali masuk kereta, berdarah kembali.. sepatu putih ku bertukar merah kecoklatan.. aiyakkk!

Hari ni, aku beli selipar jepun, sebab selipar jepun aku yang sebelum ni asik hilang jek. tak tau lah kalau selipar jepun comel yang aku baru beli hari ni pun akan hilang juga.. *tapi kalau adik-adik perempuan aku tak balik dari asrama dorang rasa selamat sikit selipar aku tuh kot *.. huhu.... sempat lagi aku shopping masa selepas aku berjumpa client di gong badak tadi..hak3... janji hati riang gumbira. ;)

Cik Areja : Sedey kasut CR yang baru aje aku shopping  di kuatan tempoh hari tak sempat nak pakai pun lagi.. selagi jari kaki aku ni tak baik.. adehhhh


Canopy sales and rental

3 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More