Mar 22, 2011

Jiwa kacau..cuainya aku..

Assalamualaikum wbt..
apa khabar blogger ? hope sihat semua.. cuaca pun alhamdulillah hari ni Terengganu tidak hujan, hanya mendung seketika dan panas seketika.

Apa kena dengan tajuk post aku kali nie???
Entah lah, aku pun tak tahu sejak akhir-akhir ini ada sahaja masalah pengurusan kerja aku dengan client dan beberapa egensi government dengan sedikit kecuaian yang menyusahkan diri aku sendiri. *hampeh!*

 Sumber : http://gallery.minitokyo.net


CUAINYA AKU...
baru-baru ini, penyata dari KWSP sampai di pejabat RZA *office tempat aku bekerja la*  Big Boss a.k.a ayah aku cek caruman penyata semua salah pekerja dan majikan.  Aku pun hairan cemana lah aku boleh tersalah tulis, yang kwsp pun satu, ikut jek apa yang aku salah buat tu.. hahaa... cuma terbalik sahaja, caruman pekerja ditulis pada caruman majikan dan sebaliknya.  langsung aku kena buat surat dan pembetulan terus hantar ke kwsp pagi tadi.


Lepas tu dengan client pula, ada pesanan (LO-Local Order) aku tersilap taip nama bahan dalam invois, itu pun kena panggil tukar invois baru, adoi la.. dah la jauh ke tempat client tu.  mau aku tak pecut 80-130km/sjm. dalam 10minit aku dah sampai kat tempat client tu,  yang sepatutnya mengambil masa perjalanan dalam 20 minit sebenar.ofcoz kereta sangat banyak.. tapi pandai-pandai lah menyelit... heheee...

3 kali dalam seminggu ni aku dok mengulang alik ke gong badak bertemu client, dan hari ni pula invois aku tertukar dengan invois client, invois aku tu tak bertanda tangan pengesahan dari aku, mungkin aku terlepas pandang semasa aku banyak yang kena tanda tangan baru-baru ni. Manalah aku tak pening sekali dapat LO 5-7 keping.. orang kata masyukk kalau dapat LO (Local Oder) ni, Of Coz lar.. Alhamdulillah.. tapi yang mengurus ni pening semacam.....

erghh.. CUKUPLAH 2-3 minggu ni aku kelam kabut dengan kecuaian yang menyusahkan aku nie...

 
 Sumber : google
PAKCIK OH PAKCIK
hari ni semasa aku On the way ke gong badak jumpa client aku tu, nyaris nak terlanggar seorang pak cik depan pasar bukit besar Kuala Terengganu.  yang aku hairan boleh pak cik tu lepas beli paper terus dibaca, then masa nak melintas langsung tak tengok kiri kanan, jalan jek ikut suka hati dia.  aku yang tengah sedap memecut laju dari jalan yang renggang tiada kereta membreak sehabis-habisnya kereta aku tu.. mungkin ada bunyi kesan tayar kereta aku semasa break tadi.. fuhhh kussss semangat!



TEPUK DAHI tiada MOTIF
Dari jauh aku lihat pakcik tu aku dah bagi lampu dan dalam masa yang sama aku perlahankan kereta, ingatkan dia tengok la semasa melintas, tapi hampa, hampir aku dekat dengan dia, baru lah dia perasan, time tu lah die terkinja-kinja depan kereta aku, lepas tu boleh pulak dia gelak-gelak.. mak aihh pakcik ni tak reti bersyukur ke yang dia tu selamat dan hidup lagi... kalau takk.... hurmm.. Innalillah lah kamu!,

Waktu tu aku dah berenti tabik baikkk punya mintak dia jalan/melintas dulu, *jantung aku berdegup 100km/sjm dah time ni* mati aku kalau terlanggar orang, walaupun bukan aku yang salah.  Aku nak bagi HORN, takut pakcik tu ada penyakit jantung ke ape ke,lagi satu, aku ni respect (hormat) pada orang tua, so tak nak lah tidak bersopan dijalan raya, kan gitu..  Terus je aku angkat tangan tepuk dahi aku  huhu.. aku pun tak tahu kenapa aku tepuk dahi aku...memang tiada motif...

Kalau lah aku horn tadi, tak sempat dilanggar dah mati kena terkejut oleh horn. susah plak... bg lampu pun tak nampak.. may be rabun agaknya... haishhhh... orang tua orang tua.. sabaww jerkk lah....

*perlu kah saya memimpin pakcik semasa melintas selepas membeli surat khabar dengan secara tiba2 sahaja pakcik melintas tanpa menoleh kiri kanan dahulu??*

Selamat Datang ke Blog baru saye.. sila layari HNH ILHAM ENT.

2 SuKe KoMen..:

ckp psl cuai,alin pon slalu dlm exm nak cepat punya pasal slh kira.patu nnt mula la kelam kabut nak betulkan balik.hu3

aleen, huhu tu lar.. lain kali kite kena sentiasa cool hehe ;)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More