Mar 12, 2011

ayat-ayat terakhir.....

Assalamualaikum wbt....

Takziah aku ucapkan pada negara Jepun dan di kawasan sekitar yang juga terkena kesan tempiasan Tsunami di Jepun.  aku harap rakyat Malaysia yang berada di Jepun selamat terutama cousin aku juga yang belajar disana.  Tapi khabar beritanya dia selamat, alhamdulillah.  Semoga bencana ini menjadi ikhtibar dan keinsafan buat kita semua. Berdoa lah agar kita sentiasa tenang dalam mengharungi dugaan yang melanda. tiada apa lagi yang boleh kita lakukkan melainkan berdoa dan berdoa kepada ALLAH SWT agar kita selamat sejahtera juga dilindungi bencana-bencana alam ini. Dunia akhir semakin dekat.... tabah lah...

Ayat-ayat terakhir aku bukan bermaksud aku hendak 'stop' menulis blog kesayangan ku ini.. ayat-ayat terakhir aku masih ada penyambungnya.. Cuma ia sekadar luahan hati...

Assignment aku yang masih memerlukan ayat-ayat terakhir untuk aku melengkapi tapi masih tergendala.. Tertekan pun ada dek kerana soalan assignment yang aku rasakan diluar kawalan dan pengetahuan am aku.. sudah puas aku meng 'google' tapi maish disitu.. Ayat-ayat terakhir belum ada penyambungnya....

ALhamdulillah, 2 sahabat aku hari ni dilangsungkan perkahwinan mereka, semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.  hari ni aku hanya 'berdua' ke perkahwinan sahabat-sahabat aku ini. bukan maksud untuk menyakiti hati sesiapa, tapi memberi 'pengenalan baru' agar tiada lagi memori lama...

Siapa tahu aku dan 'berdua' itu berjodohan? Hanya Allah sahaja yang tahu... terkadang hati masih sayangkan yang lama. memang perit untuk hilang begitu sahaja.... aku hanya merintih dan berdoa padaNYA agar DIA memberikan aku petunjuk jodoh ini. ampunkan lah dosa-dosaku........



kembali menyambung ayat-ayat terakhirku.... lagi dua hari tarikh 'submit' akan ditamatkan.. selamat berjuang wahai Cik Areja... :)

wassalam.

3 SuKe KoMen..:

dh siap ke yank?...sis mu ini masih haru biru..gi mana mau submit ini ptg??uwaaaa

naif, amin.. ;)
sis ana, dah siap da yunk..ptg td terus submit..hehehe

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More