Feb 24, 2011

Gadis TERENGGANU & KELANTAN Pemalas? Pengotor??

Salam, aku nak tunjuk kat korang satu wall dari kawan aku ni. So aku dah printskrin mana yg panas jelah juga menjaga nama baik kawan aku tu, comment-comment lain aku dah potong sebab tidak berkenaan, aku just ambil yang mana memanaskan line gadis-gadis yang membaca sahaja. Tujuan aku bukan hendak bergaduh atau memihak mana-mana.

Tujuan aku adalah bertanyakan pendapat sahabat-sahabat mengenai comment 'Akak yg rajin' tu... di FB panas dan bahangnya masih terasa... aku ttak ahu lah bagaimana di blog pula?? huhu apa kata kamu.....

boleh baca komen-komen di sini

Macam tak habis lagi je isu gadis Terengganu, Kelantan nie.. aku bukan lah suka sangat pada kontroversi walaupun aku pernah gelarkan diri aku ni MsControversy.  Tapi kontroversi aku tidak memburukkan orang lain atau mana-mana pihak.  So apa terjadi bagi seorang 'Akak' ni yang budget baik sangat?? Pembersihkan dia? Rajin sangatkah dia? Pandai sangatkah dia memasak??

Pendapat aku lah, secantik selawa mane pun setiap gadis itu ada keburukan dan kebaikkannya.  Jangan terlalau cepat judge orang macam tu lagi-lagi melibatkan negeri memasing.  Siapa yang tak terasa?? walaupun KEBANYAKKAN yang disebut-sebut itu tidak melibatkan semua.... terasa jugak wehh! sentap sentap jek jantung aku ni haa... 

Memang benar ada juga sesetengah gadis Terengganu Kelantan ni pemalas, tapi tak semua sampai gambaran akak tu menggambarkan seolah-olah, yg gadis-gadis Terengganu Kelantan ni terlalu JIJIK bagi nya..
sampaikan nak termuntah... Astargfirullah... 

ATAU Akak ni JELESS sebab KEBANYAKKANNYA gadis-gadis Terengganu dan Kelantan sememangnya dianugerahkan Cantik2, Comel2, Cun2 belaka? sebab itu kahh?  kalau itu lah sebab nya.. kenapa lah sampai mengutuk ke hingusannn?? tiada adap kah anda berkata-kata? dimana kesopanan anda dan dimana kah air muka KEWANITAAN anda ? (kalau aku cakap 'kegadisan' ofcoz lar x sesuaiikan??? dah kahwin.... faham2 jelah) Lagi-lagi akak adalah ORANG MELAYU ISLAM lagi.. beginikah caranya ORANG MELAYU MENGGAMBARKAN KEMELAYUAN sesama sendiri???

haishh.. berpatriotik lak aku kat blog nie......

Yang aku lihat, orang luar ramai datang Terengganu dan Kelantan untuk merasakan masakan Terengganu dan Kelantan dan juga menikmati udara dan alam sekitar di Terengganu dan Kelantan.  Lagi-lagi kenapa ramai jejaka-jejaka selain dari negeri ini ramai yang mencari calon isteri dari Terengganu dan Kelantan, adakah kerana paras rupa sahaja? mustahil tidak kan??? Siapa juga yang memenuhi negeri-negeri lain kalau tidak orang-orang Terengganu dan Kelantan.. Negeri mana-mana sahaja mesti ada Terengganu dan Kelantan. sebab apa? sebab kami selesa disana, kami tidak mengutuk orang negeri lain.. tidak mengutuk keburukan dan kelemahan orang negeri lain... kalau ada yang mcm 'Akak' itu bermakna silalah bersihkan diri dna hati  anda.......

Betullah, setiap orang ada kelebihannya memasing.. jangan terlalu judge org ikot anak mata anak tekak sendiri... belum duduk di negeri orang dah berlebih-lebihan nak mengata.... tepuk dada tanya hati...

dan..

Aku bangga aku anak jati TERENGGANU. :)

note areja : nasib lar hati aku ni baik tak Tag pun kawan aku tu walaupun aku dah minta izin dia sal comment panas ni...kalau tak larat dia nak mintak maaf ngan gadis-gadis Terengganu dan Kelantan ni?? silap hari bulan teruss deactivated fb nyee kot.. huhu

sekian.....

2 SuKe KoMen..:

dok soh lyn org camtu la areja, naz baca pun panas..walaupun naz dok jauh. tapi sbg org ganu...bahangnya tetap terasa...

naz, huhu buang mase aja nak layan.. tapi ape yg die kate tu terase gak tergugatnye... sebab tu nak bg ikhtibar buat kita semua...

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More