Jan 24, 2011

sesaat pun aku tak miss....

Hari ni, dari subuh aku terjaga sendirian mulanya senak perutku kerana untuk membuang air.. tapi bila tengokkan jam sudah 6.05 pagi, terus sahaja aku mengambil wuduk dah solat subuh. Baru aku angkat takbir, terdengar bunyi suara ibu aku sedang menegur nenek di ruang tamu (nenekku tidur di satu sudut ruang tamu rumah) "Mie, Subuh baru je azan..."  Skali lagi aku mengangkat takbir tanpa menghiraukan azan subuh yang sedang berkumandang. Selesai solat aku tidur. *memang tak leh buat isteri solehah, lepas subuh tidur balik! muahaha*

Jam 7am, aku terkejut, sambung lagi tidur. Jam 8.30 am aku terkejut lagi, selak langsir tingkap tepi katil aku dan melihat langit, dah cerah....

masih termenung atas katil... memikirkan perkara dan kerja apa yang harus aku lakukan hari ini...

Jam 8.45am aku bangun dan bersiap untuk ke kerja...

9.30am selepas breakfast aku ke ofis, melihatkan apa yang patut aku kena settle kan untuk hari ini.
Urusan aku dengan Jabatan Pembangunan
Senarai Quotation membekal barang binaan untuk 5 bidang berlainan dan 1 bekalan untuk pertandingan yang masih kosong belum di letak harganya..
Borang membuka akaun kewangan semasa syarikat yang masih kosong belum terisi..banyak yang aku perlu isi, personal, company info, form utk buku check, penyata dan sebagainya... huihhh

Ibu talifon,
"Young, harini janji temu dengan doktor haiwan, kena bawa Puteh ni, Luka dia tak baik-baik lagi.."
"ok, tapi akak nak beli alas meja utk sewaan ni, tak cukup lagi.."
"Ok, sekali jalan!"
"pagi ni dok dang bu, petang la lepas zohor"
"ok"

Dipagi hari ni, aku just menyiapkan kerja mengisi borang dan mengisi harga quotation utk client aku tu. lastly apa yang aku sempat hanya ke Wisma Persekutuan sebab urusan yang paling mustahak.

Petang aku ke Klinik, dan Puteh mendapat 6 jarum untuk lukanya yang seminggu berlubang dek kerana sifat keibuan yang terlampau..*nanti aku tunjukkan gambarnya*
Selepas itu, aku mencari alas meja, tapi hampa semua tak ckup meter untuk alas yg aku nak tu.. kedia tak byk simpan stok.. aku nak 40meter. tapi tak dapat. maybe bersambung esok sesi mencari alas meja.

Petang selepas kerja, aku dan ibu bekerja keras pula untuk belajar cara-cara memasang scallop kanopi. semua ini kerana business dan new job aku... semoga impian aku menjadi kenyataan.. owhh aku terlupa utnuk membuat satu post story mengenai syarikat baru aku yang sudah siap berdaftar :)

Malam, hari ni aku mengajar. melayan karenah menagement tuisyen dan budak-budak.

Setiap malam aku rasa bagaikan otak aku sentiasa memikirkan hari esok apa yang aku nak buat dan apa yang aku nak buat untuk seterusnya..... kadang tu aku rasa seperti aku hanya memejamkan mata, tidak lena... letih.. tapi kadang tu aku rasa gembira apa yang aku lakukan sepanjang hari.. Otak aku seperti tak pernah berehat... kadang tu terasa juga untuk menelan panadol agar otak aku ni berhenti berfikir sekejap, tapi aku masih waras... So, aku layankan sahaja otak aku ini....janji aku gembira. :)

Areja : Assignment 3 subjek yang semua meliputi essay (2500-3000 patah perkataan) belum terlintas di otak aku.... haishhh cemane tu???? hahaaaa dan  kerana ke 'busy' an aku hari ni... ada yang menyepi...

2 SuKe KoMen..:

yayank..sis ana pom x wat lg asenmen..penat nk mikir..lgsg x dpt klu..heheh.

hehee.. berat nanang doh kite nie ana..hak2

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More