Jan 2, 2011

sendirian 2011

Belum terlambat aku nak ucapkan SeLaMaT TaHuN BaRu 2011 buat semua pembaca..
bermula tahun baru semua orang akan menyimpan azam.. alhamdulillah begitu juga aku...

 
Semoga azam yang ditanam menjadi kenyataan...

Azam untuk diriku ohh masih begitu....
haha.. aku rasa macam aku tidak mahu menyimpan apa-apa lagi azam untuk tahun 2011 ini. Biarkan ia berjalan dengan sendirinya.. biarkan takdir yang menentukan. aku hanya menjalani kehidupan aku seperti biasa.  menyambung segala aktiviti yang sudah aku rancang...


Seperti biasa setiap soalan mengenai ke alam rumah tangga...
sentiasa membingitkan telingatku dan membebankan mulut serta lidahku.. apatah lagi hati untuk menjawab pelbagai soalan mengenai itu... bukan aku tidak usaha.. biar saja Yang Maha Mengetahui menentukan segalanya....


Pengajian ku di Tahun 2011..
Alhamdulilah tahun ini adalah tahun terakhir aku belajar. hanya ada 2 semester. dan aku target dengan 2 paper yang aku terpaksa mengulang exam tersebut akan aku catch up pada 2 semester terakhir aku ini.. Insyaallah aku akan cover sehabis baik. ini sahaja peluang yang aku ada.


Syarikat baruku yang masih tergantung...
Borang mendaftar nama syarikat sudah 3 bulan siap aku isi.. tersimpan rapi dalam laci meja di pejabatku.. tapi masih belum aku submit.. entah mengapa beratnya hati... pelbagai dugaan yang mendatang, pelbagai kata dan pandangan mengenai setiap perniagaan yang aku ingin buka... sentiasa melemahkan semangat aku...
adakah perniagaan yang aku ingin ceburi kalini ini akan menampakkan masa depan aku nanti?? perlukah aku takut dan tidak yakin lagi dengan setiap kata dan pandangan yang mendugakan reputasi perniagaan aku kelak?  Tahun ini aku perlu teruskan dan abaikan segala pandangan negatif tersebut.Ya! aku tidak perlu menangguh lagi...... Ya Allah kuatkan lah semangatku.. berikan lah aku kemudahan agar setiap kerjaku berjalan dengan lancar.. amin...


Kewangan yang mengikis hati nurani...
Semakin hari semakin aku bermasalah dengan kewangan.... bukan sifatku yang suka menyusahkan kedua ibu ayah aku. Juga sahabat-sahabatku. terasa diriku teramat tidak berguna untuk membalas budi ibu ayah yang telah 24 tahun membesarkan diriku dan menjaga ku... terasa diri ini anak yang masih tidak boleh menanggung ibu dan ayah.. walaupun ibu ayah aku masih mampu...  aku juga seperti anak-anak yang lain teringin juga untuk menghulur penat lelah kerjaku kepada orang tua.. agar mereka berasa gembira... tapi apa dayaku... makan pakai masih ditanggung ibu ayah... gaji yang tak seberapa sekadar cukup membayar loan study, kereta dan bil2 ku..terasa kadang itu aku alpa.. alpa dengan nafsu hati sendiri.... bukan aku tidak beringat.. tapi aku degil masih ada sifat kepentingan diri sendiri... biarlah masalah ini hanya di tahun 2010..bukan lagi di 2011... kini aku sudah dewasa.. dewasa yang meningkat 25 tahun......


Sahabat tercinta...
Terselit indah.. bersahabat bagai lara yang tersetia... Sedikit kata, kelu lidah menelan pahit di jiwa... ada juga sahabat bagai cerita indah mengukir senyuman melayang hingga ke awangan... terindahnya pertemuan itu..  *senyum* 

Hidup yang kadangkala dilanda kesepian mengundang jiwaku mencari pengisi teman.  bukan lagi Mr.right.. tetapi seorang gadis yang dianggap teman luahan jiwa... Aku tersilap langkah... sahabat disalah ertikan.... diri ini tahu akan kesudahan ceritanya terjadi sesuatu yang memudaratkan... akhir 2010 mengakhirinya.... 2011 moga ada sahabat yang lebih memahami.... biarkan sahabat-sahabat itu bahagia dengan sendirinya.....


Sahabat pengubat rindu....
Mr.Right yang aku dambakan hanya khayalan.... mengapa masih aku berjumpa insan yang susah untuk memahami cinta Ilahi?? kenapa sentiasa ada halangan diriku dan dirinya??  Biarlah rinduku ini pergi dibawa angin... cinta tiada yang setia melainkan cinta Ilahi.... hanya pasrah menanti pengubat rindu Ilahi... biarkan aku bersendirian... dan hanya berdoa menyembah Keagungan Tuhan....

"andai kasih tercipta kerana NYA, lengkapkanlah... andai kasih hanya berpada-pada..leraikanlah.... biarkan diri ini bersendirian... jiwa meronta kasih nan abadi... akan cinta Ilahi...." ~Cik Areja

Sendiri ~ May



Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

2 SuKe KoMen..:

Dun wori aja yayank..sis ana msh setia menemanimu..hehehe. Mungkin sis dah melangkah 1 tapak di hdpn..tp x bermakna sis perlu melupakan tapak2 di blkg. Berjaya mendptkan sesorg tak bermakna kte perlu melupakan insan2 yg lain. Apatah lg insan2 itu amat sis sayangi dunia akhirat termasukla dirimu..aja yayank..hehehe. Stay COOL okaii..i'm alwayz wit u..!!

Insyaallah sis ana.. syg kamoo ana! kawan terbaik yang sy berkwan selama ini.. huhu... takpe luahan entry ni just penutup 2010.. 2011 kita dah buka lembaran baru... Insyaallah kalau sy ada jodoh yg terbaik.. sy pun akan ikot jejak kamu mengecapi kebahagiaan itu... ;)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More