Jan 16, 2011

Owner tuisyen centre lawan tokey!

Salam.. selamat malam... (lagu faizal tahir)
Register semester january 2011 pun sudah.. Operasi merombak dan mengurus balik business baru pun sudah.. then nama syarikat sahaja yang belum register. Insyaallah hari isnin ni jikalau tiada angin lain  yang nak melintang tu boleh lah aku uruskan semua termasuk lah sekali renew SSM syarikat ayah :) nama company baru masih belum aku tetapkan.. adehhhh pening tak tau lagi nak letak nama apa... :)

Bukan senang nak senang
Nak jadi senang itu susah. Dah jadi senang itu pun susah!
dugaan-dugaan....
baik jadi budak-budak.. tak fikir masalah, suka dan ketawa sahaja..... tapi fikir pula asik kene belajar.. kan alia?? huhu my younger sister. yg bungsuu laa nie...

Sebelum tu......

*SORRY...entry aku malam ni sedikit geram.. so selagi aku tak luah kat sweetmemory*  Walaupun entry aku berbaur geram, aku tetap jadikannya sweet memory, kerana setiap yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya :) dan menjadikan satu kenangan terindah buat aku dan kehidupan aku kelak bila aku baca entry2 dalam blog ini dikemudian hari...* 
Inilah aku, Selagi aku tak meluahkan disini selagi itulah aku tak dapat lelapkan mata... dan otak aku ligat memikirkan yang entah apa-apa, so lebih baik aku luah sahaja disini.. ini ruangan blog aku... sesiapa rasa nak baca dipersilakan :) dan jgn lupa tinggalkan comment yang membangunkan diri saya..  rasa jelik sila tekan (X) di atas browser anda..TQ*


Tokey kah akuu???? atau Owner tuisyen itu yang tak boleh jadi Tokey sebaik mungkin??? Kalau bab Business Management pun dah pening... Bagaimana hendak menguruskan kakitangan dan client?? baru 5-7 bulan beroperasi ditempat baru dan bangunan baru dah desperate semacam, kata dah berpengalaman 15 tahun...  How to be Professional in Business Management kalau awal-awal dah nak terkencing dalam seluarr??? setakat ada PHD tapi kemahiran business kurang.... ???? bukan aku nak cakap aku ni mahir dalam ber 'Businesss' tapi aku dah jalankan bermacam-macam perniagaan dari zaman aku sekolah rendah sehingga sekarang.. juga count berapa umur akuuu????? PENGALAMAN ITU LEBIH MENGAJAR KITA UNTUK HIDUP DARI YANG HANYA ADA SIJIL TAPI TAK TAHU APA2!!


Tuisyen..Interview korek rahsia.

Mengenai aku dan  tuisyen, sambil bekerja dan belajar aku juga mengajar. part time lah katakan dari duduk rumah goyang kaki, makan mengadap TV then gemuk *mulalah risau!*. Aku ni nak cari duit lebih tak juga. Tapi setiap kali aku pergi interview aku jadi serba salah aku hendak memberitahu status dan pekerjaan aku.  Yelah owner tuisyen mesti tanya satu persatu. Teringat soalan drpd owner tu,

Owner Tuisyen : "kerja apa sekarang? cikgu ke?" 
Areja :   "saya kerja biasa2 sahaja dengan ayah."*takkan aku nak bgtahu aku kerja kerani or someting kerja yg bukan lulusan dip/deg, takot juga dia tolak aku bulat2 coz nak mengajar ni kena ada lulusan dip/deg lagi-lagi yang interview aku ni cikgu, nampak high demand okey!*
Owner :  " bidang apa?" 
Areja :  "Berniaga biasa2 sahaja bidang construction"
Owner : "Kelas??"
Areja : " Soalan yang itu perlukah saya jawab?"
Owner : "Ape salahnya kalau awak jwb, kontraktor ni banyak duit, tak payah lah buat part time part time nie..Income masyukk tu..awak dah kaya nie....."
Areja : "Ha? yang kaya bukan saya cikgu, yang penuh ayah saya, yang kaya tu di Atas sana, tapi kalau ayah saya kaya pun ada lagi ujian dia..,aku senyum kambing dan  tak tahu nak jawab apa lagi" haaa..

Perghhhhhh.. macam lar aku ni banyak sgt duit? yang bagi rezeki tu siapa? Allah Taala jugak, then mengalir pada siapa? Kalau tak family dan pekerja serta tak lupa juga pada yang selalu mintak derma di office aku tu.  Ingat duit yang masuk tu boleh masuk dalam poket hari-hari2 then Jadi kaya raya kah?.. bole ke macam tu????  Tapi aku rasa Owner tu memang banyak duit. siap boleh beli sebuah kedai untuk buat pusat tuisyen dah la tingkat 3, semput aku nak naik ke kelas. lagi-lagi bayaran alaun tak seberapa berbandaing Pusat Tuisyen yang aku mengajar di Tok Adis. Adehh laa... melayan karenah owner satu hal, malam ni pun call aku last minute suh terima ke tak.. so talk and talk dalam talifon malam tadi, aku terima lah dalam paksa rela.. uihh bole ke macam tu?? cakap tak sayang mulut laa....

Satu lagi aku bukan demand, mengajar orang memang memerlukan kesabaran dan pengalaman, tanpa pengalaman kita tidak boleh belajar dari suatu kesilapan then jadikan satu pengajaran pada orang yang kita nak ajar tu.. terutama student budak2 under 12th year old. sangat-sangat memerlukan pengalaman dalam bidang sychology *betul ke aku eja?* untuk melayan karenah dan IQ dorang.. Sakit jiwa kalau kita ajar tak masuk dalam otak dan sanubari diorang... Mak ayah mesti tanya anta anak tuisyen mahal2 tapi pelajaran anak-anak tak meningkat. takut juga aku nak bagi komitmen pada pusat tuisyen baru yang aku nak mengajar nie...

Aku tahu, cikgu-cikgu ni dorang adalah terbaik, pengalaman dorang mengajar lagi baik dari orang macam aku ni yang just ada pengalaman lihat, dengar dan cuba. lagi-lagi orang macam aku yang hanya tahu bab berniaga sahaja, Tapi bab mengajar dan mencurahkan ilmu... seperti yang aku kata tadi lah, pengalaman itu cari sendiri... dan aku juga bukan orang pendidikan.. tapi aku cuba untuk mendidik... agar ilmu aku yang juga di ajar oleh orang yg 'bergelar cikgu' dapat aku curahkan pada murid2.. Ilmu selagi banyak kita curahkan pada orang, semakin besar pahala cikgu yang pernah mengajar kita tu... sebab tu aku pernah dengar satu ayat dari Ust. Azhar semasa aku hadirkan diri ke kuliah beliau baru-baru nie, "Biar mati jasad, Jangan mati Ilmu ... cth : Imam Al-Shafei, Ilmunya yang kita masih gunakan sampai sekarang..padahal dia dah wafat." betul kan??

Kontraktor VS Cikgu

Aku ingat kontraktor ni dah demand, tapi cikgu lagi demand rupanya.. lagi-lagi bab busines.. Failed!!!  dan aku rasa aku dah abis rendah diri bercakap dengan cikgu a.k.a owner tuisyen tu, dia boleh demand dgn aku, dah lah merayu separuh mati suruh aku mengajar di pusat tuisyen nya..

Kes tiada cikgu yang nak mengajar kalau student bawah 10 orang, ofcoz la sebab bayaran sikit, ingat senang ke nak cover budak? dan satu lagi paling aku rasa jelik la dia bercakap, bab baground dan latar belakang pusat tuisyen dia, macam berlagak"saya 15 tahun dah buka pusat tuisyen dan student saya paling ramai sehingga 300 orang, tak pernah jadi sikit macam ni" see macam tak boleh terima keadaan yang student dia sikit sekarang..

Padahal dia sedang belajar sekarang ambik PHD Math di UMT, siap bagitahu baground dia belajar tahap-tahap bla-bla.. apalah sangat kalau belajar tinggi pun, tapi bab business dan cemane nak kembangkan pusat tuisyen dia tu tak boleh nak fikir?? lagi-lagi terlalu skema dengan "denda kementerian pendidikan mengenai promasi" aku lagi terasa sebab aku anti kerajaan!!.

Tapi bila dia dah macam nak desperate  tu merayu-merayu dan siap bincang minta cadangan cemana aku boleh ajarkan budak-budak tu kalau setiap darjah ada 1-2 sahaja murid?? aku bagi cadangan bagi kurang sket rasa tertekan dia tu.. "nasib aku dapat handle suara yang hampir macam nak menangis tu dengan gelak ketawa dan sedikit serius semasa bebual dengan aku di talifon," adoii la... potong jap stim aku "Tengah Drive kereta yang kelajuan  hampir nak ke 130km turun 70km/sjm, perjalanan dari dungun ke K.Trg" bincang-bincang sampai aku berenti makan pun still ganggu aku, hahaa... kes mak sedara aku plak, dia pun sama pergi interview dgn aku hari tu. lastly, owner tu dah merajuk may be campur dgn bengang sebab bagi keputusan lambat.. hohooo setahu aku owner tu yang tak sabar-sabar dan info pada aku last minute iaitu pada malam ini juga, gila!

Aku suka mengajar di tempat tuisyen lama aku nie, tak banyak songeh dalam management nya... Alhamdulillah student pun mendengar kata :)

Aku rasa macam aku tak ikhlas menerima dan mengajar di pusat tuisyen baru nie, walaupun tersangat denkat dengan rumah aku, sebab aku terima dalam paksa rela. tak pelah janji aku mengajar budak-budak tu ikhlas :) nak menghadapi Owner tu... Wallahu'alam.  
Baik Owner kat pusat tuisyen yang aku mengajar sebelum ni seorang kontraktor juga tak banyak kerenah semua serah pada kerani. lastly kerani pula yang pening! huhuuu...tapi aku still mengajar juga di pusat tuisyen ni, so setiap minggu aku ada 2 kelas berlainan tempat tuisyen la.. huhu.. macam semakin sibuk jek! I like it!!!


OK lah time tu sleep.. oh lupa aku tak mandi lagi dan tak solat isyak lagi :)  hek3..baru balik dari kemaman dan dungun malam tadi, lepas hantar adik aku kat Poli, terus aku naik ke kemaman  dan jejalan sekejap ke Mesra mall sambil beli kasut untuk adik aku, haishh... letih ni, tanda-tanda demam semakin menjadi je nie... ubat sudah aku makan td.. tapi sakit kepala masih belum hilang... Haishh banyak buat dosa lar nie yang penyakit tak baik-baik :(

Sebelum aku tidur, aku nak minta maaf zahir dan batin pada sesiapa yang berkenaan. aku  tertipu sunat ke, terngumpat ke, tercakap kasar ke, dan sewaktu dengannya... *Maafkan lah aku yek! walaupun tak tahu apa yg aku buat silap kat korang...hehe * sedangkan nabi memaafkan ummatnya.. apatah lagi kita manusia yang biasa ini....hek3....

Areja : Program diet berjalan seperti biasa, berat aku naik balik 2kg baru-baru ini, Perunding diet aku dah sms aku tadi.. adoi laa tak tahu nak jawab apa.. mesti minggu depan date berjumpa dengan perunding diet tu. comfirm terkejut terberokk tgk berat aku tak banyak turun! muahahahaa....kena bersungguhan diet minggu ini :D Ok, nunite semua! sleep tight.

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More