Dec 21, 2010

Ini cerita DIET

Sebelum tu aku nak umumkan yang blog aku sudah ditukar link nya...

arejasweetmemory.blogspot.com/ 

testing banner :) hehee.. test, test ok ke tak?


December 2010, bulan yang paling mengerikan aku. bila timbang dah masuk ke angka "7"..Ops!
apa mau jadi nie? paling last aku dpt berat angkat "7" ni pada tahun 2007... bertuah betul nombor "7" ni kan??

BMI (Body Mass Index)

Sebelum ni aku dah berusaha mengekalkan berat aku walapun bukan berat Ideal tapi maintain kan BMI aku kepada paras normal iaitu lingkungan 23 - 25 sahaja.

Bila dah masuk 26......

Baru lah aku terasa teragak-agak nak buat itu dan ini.. jaga makan dan nak bersenam, tapi bila musim hujan macam ni bila masa aku nak bersenam? bersenam atas katil syiokk lagi babe!! setakat sit up tu boleh je aku buat, hehe... tapi bab nak menjaga makan tu, boleh kah nak mendisiplin kan diri???

Skipping? letih sket dah tak nak buat.. hahaa.. tapi aku tetap amalkan dan buat sedaya termampu..sejak-sejak aku dah sedar diriku semakin menggebu :) 

Tengok gambar jantung tu, bila lemak dah memenuhi ruang pembuluh darah, mana lagi darah nak lalu??
haaa.. mulalah terjadi penyakit, darah tinggi, kencing manis, diabetis, strok lah.. n etc

Gemuk VS Gebu

Aku tak berani untuk mengatakan diri aku "GEMUK" kerana perkataan tu tidak akan memotivasikan diri aku untuk ke berat Ideal aku.. So aku suka gelarkan diri aku "GEBU" heheee. macam kucing jek...tapi aku tak kisah pun kalau ada orang nak tegur aku ni dah gemuk! walaupun kadang tu sedikit terguris hati aku dengan gelaran tu, sedar diri ini.. *sejak bila entah aku semakin sensitif??* hohooo

Healthy Check Up
So, sekarang baru nak sedar la ni kan? kan? Haa.. bila dah check dapat tau paras darah dah nak masuk 7 iaitu nak hampir ke darah tinggi.. baru terkejut terberuk kan?? betapanya aku tidak menjaga makan selama aku sedar diriku 'Sihat Walafiat'..


Baru ku tahu organ pun ada umur. Maksud aku setelah check up, usia organ dalaman tu sudah berumur 42 tahun. Woopss!! aku baru 24 tahun okey.. Baru.. baruuu 24 tahun....
Ape kes organ dalaman aku menjadi seumur 42 tahun ni??? sedang kan aku barumur 24tahun.. terbalik plak kan? huhu..

Time ni segala ukuran dari atas kepala sampai ke jari kaki, perunding tu chek aku.. sampaikan ke berat dan segala nya dia telah catatkan sebagai laporan kesihatan aku. So, bila calculate dapatlah masalah 
badan aku ni simpan lemak, dan kandungan air yang menyebabkan badan aku ni naik mendadak beratnye..

Itu lah penyebabnya yang kes Organ dalaman aku menjadi tua, dan seperti mau uzur, jadi tenaga aku pun seperti mak cik yang berumur 42 tahun la... aiyooo..*Sama umur dgn ibu aku je ni.. tapi bertenaga jek aku tgk ibuku.. mesti umur organ die 24thn*. patut lar selama ni aku rasa cepat letih, drive jauh-jauh sikit sampai rumah terus kebabomm terjun atas katil..tidur selena-lenanya... lagi satu, badan aku terasa lesu dan tak bersemangat.. ini semua kerana organ yang semakin tua. dek ditenggelami lemak-lemak yang jahat. lemak baik tidak akan mengganggu organ dan membuatkan kita tidak sihat okey.. igt tu!..

Diet Seimbang

First, memang aku tengah ambik suplimen makanan, suplimen makanan ni untuk aku mengurangkan jumlah kalori yang aku hadap tiap-tiap hari tu. kiranya sebagai pengganti makan waktu breakfast, lunch and dinner lah. bukan ubat slimming atau ubat-ubatan yagn dijual di farmasi, klinik atau direct selling tu ok.. dan juga untuk membetulkan semula sistem organ dan darah aku agar kembali muda... eh silap, kembali normal dan membuang segala lemak dan toksik dalam organ aku nieh...

Tapi aku ambik 2x sahaja sebagai ganti iaitu time makan berat, time lunch and dinner. kadang tu aku tukar lunch ke breakfast.


The Cambridge Diet Program
kalau nak lebih tahu mengenai diet program yang aku amalkan ni korang boleh ke The Cambridge Diet
untuk pengetahuan korang, program ni bukan sahaja untuk dari yang gemuk ke kurus, malah yang kurus pun boleh gemuk maksudnya program untuk ke berat ideal (normal) disamping  menjaga kesihatan dan mencegah penyakit 'PAKEJ' tu. ok.

1 sachet tu bersamaan 411 kalori. Tahap metabolisma aku ni hanya 1432 kalori sahaja yang betul-betul boleh membakar makanan apa yang aku telan tu.  So, kalau aku makan lebih dari 1400 kalori sehari bermakna selebihnya akan menjadi lemak.. huhu.. bermakna sebelum ni, yang cepat sgt naik badan aku ni kes aku menternak lemak lar, makan lebih had kalori maybe dalam 2000 kalori sehari.. Ohh tidakkk..... T_T

So, bagi hendak kurus atau ke berat Idea, eloklah hadap makanan dalam sehari tidak melebihi 1000 kalori sehari. Owhh boleh kah??  T_T  bagi lelaki tidak melebihi 1500 kalori sehari.

Sama juga kalau tak ambik suplimen pun.. korang just kurangkan kuantiti makan tu contoh : biasa makan nasi 2 senduk, korang makan lar dalam 1 senduk saje then ambik lauk pun yang lite2 jek.

adoo ke aku ambik lauk lite2 lunch hour kemarin eh??
areja : "nasi setengah je mokcik, lauk sayur ade? pahtu sotong tumis tu je lah"
mokcik : "sayur nangka masak lemok je ade nok eh..sotong nak yg suku ke setengah?"
areja : " hmm.. takpelah seulas doh le nangka tu, sotong setengah?" *huhu.. takdenye nak lite2 klu dah hentam kedarah kat kedai makan nie..*

owhh.. lain kali kena hati-hati. Silalah berdiet,dan beringat...

takde kaitan ngan diet... aku suka dengar suara dan lagu Ana Rafali ni.. best :)


Second, bersenam lah korang sedaya termampu. paling biasa aku buat pun kat rumah skipping kira sampai 300x, lebih lagi baik..tu pun susah juga nak keluar peluh, aku dah tua... 42 tahun dah.. organ aku tak larat dah... aisehhh...

lagi.. korang buat lah sit up sebelum tidur dan selepas tidur..eh silap, selepas bangun dari tidur, morning-morning glory time tu.. haaa korang dah celik je mata, nampak en.hubby kt tepi.. haishkkk! abaikan...
korang buat lah sit up sampai penat..

Third.. aku nak balik umah da lar, ada kat office lagi ni, penat perut aku menahan air yang perlu dibuang, kes byk sangat aku minum air kosong. ye lah, kalau nak sistem dalaman menjadi baik, eloklah banyakkan minum air kosong, lebih 2 liter satu hari. bukan setakat sistem dalaman pun baik, kulit pun akan menjadi lebih cantik. tak gitu??
Jangan jadikan jantung korang dipenuhi lelemak seperti ini, kalau korang nak tengok real jantung seperti ini, korang tengok lar jantung ayam.. sama jek macam jantung kita.. jaga lah diet kalau nak sihat.

ok sekian untuk cerita diet hari ni.. nanti aku cerita lagi.. buat setakat ni aku baru amalkan 3 hari. 0.5kg baru berganjak pergi :)) owhh lagi 9.5kg. sila cepat berlalu ya...

Areja : Petang ni nak ke D'Muara Live Seafood, tempahan majlis makan malam bersama staff syarikat aku. huhu makan lagi. cemane lah aku nak cover diet time nieh?? huhu.. Insyaallah. nanti aku akan update dinner aku bersama anak2 buah syarikat ayah aku ni. neway ini kali kedua aku makan kat tempat ni. ok ketemu di lain hari.. daa....!

9 SuKe KoMen..:

yayank..sok jgn bekpes dlu yer..kte gi melantak sesama pas ekzem okeh..plz aja yayank..kikiki.

wah..cntik header 2..huhuh..
selamat berdiet k..chaiyok2..

Ana, huhu.. pagi2 esok? alamak.. da r malam sok ade dinner.. patutnye pagi dan lunch hour aja kena mkn cambridge diet je tu. sebab malam nak melantak..hahaa.. okey sis yayank.. ;)

myra, huhu thanks dear, Insyaallah ;)

huks..jeles ngn header 2..cun melecun

myra, hehee jgn jeles gitu, ilangkan banner tu..hehe.. buat je pakai adobe cs5.. ni pun ade org tolong watkan.. hiks!

Aik..baru je nk mtk aja yayank tlg buatkan header tu utk sis ana..cun arr..sis dop kretip ar nk wat cumey2 gtu.hahaha

ana, hehee.. aja mmg kretip sis ana, tp kredtip bab bg arahan nak gitu dan gini.. nasib tukang wat penyabor.nasib ye dok jerkos aja nie byk songeh ngat...hehe... suh org wat jek tu..

cantik header....takot plak bike dengan cite aja ni,cam ayu ni nampak kurus tapi lemak tak tau bape banyk...tak nak jantung camtu...scary...huuu

ayu, thanks dear, hehe tu la yg kurus pun belum tentu sihat.. so hati2 la bab makan tu.. diet yg seimbang. itu yg penting. :)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More