Dec 28, 2010

............akak tu.....

Teringat aku pada waktu itu......

binnabil huda by UniQue (UNIC)
Korang dengarlah, siyes best. selawat yang menenagkan jiwa..

Aku rasa, macam dah lama tak layan nasyid. Dulu zaman aku study di KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) dan sekarang dikenali UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) tapi zaman aku study dulu dikenali UDM (Universiti Darul Iman Malaysia). Hmm.. banyak-banyak sangat nama tu kes petukaran politik.. so abaikan jelah. yang latest adalah UNISZA tu.

Teringat masa tu aku di tahun pertama dan mendapat roomate seorang 'kakak a.k.a ustazah' bagi aku, kakak tu memang baik sangat dengan aku, sentiasa nasihat dan bagi aku pendapat tentang sebarang kemushkilan aku, sehingga satu hari dia mempelawakan ikutnya ke konsert nasyid dari UNIC yang datang buat persembahan di Dewan Utama Al-Mukhtafi Billal Syah UDM. Tetapi aku menolak... gambar-gambar kumpulan UNIC masih ada dalam koleksi album aku pemberian akak roomate aku tu..

Setiap hari akak tu akan pasang lagu UNIC, sampaikan aku pun boleh menghafal lagu-lagu UNIC.. haha.. kalau diingatkan balik, aku ni tidaklah fanatik pada nasyid.. lagi-lagi aku yang jenis sempoi dan slumber nie. akak tu study Dip. pengajian islam dan usuluddin, aku plak diploma Teknologi Maklumat (IT) berbeza sekali, tapi kami serasi, :)

Apa yang aku tak dapat lupakan birthday kami sama iaitu pada 04 Oktober yang berbeza hanya tahun sahaja.

Akak tu banyak menyedarkan aku... terasa aku rindukan dia.. aku harap dia berbahagia sekarang dan berjaya dalam hidupnya. Amin..

Areja :

Hanya mampu berkata..
bermunasabahkan diri ini..
agar sentiasa diperbetulkan apa yang tersilap selama ini...

Moga diri ini sentiasa dibimbing olehNYA..
diberi petunjuk ILAHI agar sentiasa diri ini dibawa ke jalan yang lurus...
Insyaallah :)

3 SuKe KoMen..:

salam..

sy memg suka layan lagu2 nasyid.. memg rasa sangat mendamaikan jiwa.. :D

salam, hehee.. alhamdulillah :)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More