Oct 17, 2010

Tukang Kebun baru nak menjadik!

Alhamdulillah kursus yang aku sertai hari ni berjalan dengan lancar. walaupun aku seorang perempuan.. *mcm tak biasa pulak* dah banyak aku sertai kursus sebelum ni juga aku saja seorang perempuan melayu terakhir gitu...*ketawa*


ecece.... smile alwayz

Mungkin kursus yang kalini sedikit berbeza, penyertaan yg tak seberapa ramai.. 3 orang lelaki berkopiah putih walaupun ada diantara mereka sebaya aku, dan seorang trainer juga berkopiah putih. :) membuatkan aku terasa aku lah seorang perempuan muslimah sejati.. ekeke.. *senyum...*
walaupun hari ini aku berkurung moden biru torqois ala-ala mak datin...

Landskap..
Ya aku menyertai kursus Landskap. bidang yang kurang menjadi perhatian di Terengganu pada kontraktor-kontraktor yang sudah lama bergiat dalam business kontraktor nie. Hanya segelintir dari mereka yg melibatkan diri secara langsung. bagi mereka melibatkan diri dalam industri Landskap adalah seperti tukang kebun. tapi bagi mereka yang betul-betul mengetahui apa itu landskap dan business akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.. hanya yang bijak mencari 'kabel' dan sebut harga yang baik akan merasa gahnya bila Masyukkk....

Beautiful Landskape Pictures, Images and Photos

Beautiful Landskape Pictures, Images and Photos

Sunken Gardens - Butchart Gardens Pictures, Images and Photos

Hunington Gardens, LA CA Pictures, Images and Photos

Source: Copy from photobucket.com :)

Baru aku tahu.. nak mencipta sesebuah Landskap bukan mudah dan juga bukan lah susah, apa yang perlu semangat dan minat yang kreatif..
terdapat 2 jenis Landskap satu Formal dan satu lagi tak formal. cuba kawan-kawan teka yg mana satu formal dan yg mana satu tak formal? hehehe

Minat..
Sememangnya aku amat meminati Landskap, walaupun aku yang jenis malas hendak bertanam-tanaman.*tp sekarang aku dah rajin bertanam dan membuat sedikit taman di tepi garaj kereta rumah ku :)* Apa yg aku lebih suka seperti merekabentuk pokok2, taman dan bunga-bunga menjadi satu landskap yang menarik, walaupun bukan di tanah, di pasu atau di tepi longkang dan kolam ayah aku skali pun.. aku akan menconteng arang pensel atau pen yg aku pegang pada masa itu di buku-buku, kertas-kertas atau di nota-nota yang sepatutnya aku catitkan nota menjadi satu permandangan yang menarik di mataku... lagi-lagi sebatang pokok. dan aku suka melukis pokok, dan aku suka melihat keunikan pokok2.. *senyum*

aku Serabut.. dan mereka BerLuCAh dalam SuRaU!!

"Wehh! sape beli kasut baru nie???" satu teriakan dari arah pintu surau.
"weh.. mung ni! shyy.. (sambil melirik mata padaku)

time ni aku berehat dalam surau staff-staff ABM Jenagor, dan bersolat Zohor.. teriakan yg menegur sepasang sepatuku telah meyentak hati aku yang ketika itu sedang memakai telekung sembahyang. sudahlah, sebelum aku mengambil wuduk staff2 ni mengumpat dan bersembang ibarat bilik surau itu bukan tempat untuk bersolat. Masyaallah, aku hanya bersabar dan bersabar.... dan tiada perkara yang lebih penting untuk mereka bualkan selain dari perkara-perkara ini

1. Baju (design, Manik, labuci, jenis kain, sutera creap, harga?, dry cleaning, dobi mane? kt situ tak ok, koyak baju bla2.., berlian banyaknye.. sikitnyee..., ketat ke tak?seksike?)

2. Emas ( Rantai, gelang dan cincin klu ada gelang kaki masuk skali kot)

3. Laki Orang dan Bini dia sekali.(cantik bini dia.. pakai baju gitu bla.bla...)

4. Nak balik kampung ke tak?


Adehhh.. mcm aku terdengar... aku bukan nak dengar sangat.. tp kalau dah ukuran bilik surau tu besar 15' x 12' berbisik pun bole dengar.. apatah berbual beramai2 macam tu, lingkungan 6 orang wanita-wanita bekerjaya termasuk aku 7 heh.heh..tp aku adalah wanita yg terasing dalam surau itu... dari aku start ambik wuduk, solat dan bersiap untuk ke bilik kursus, itu pun tak siap bedak lagi kat muka aku ni aku dah blah.. serabut sangat dengar mereka buat ketupat.. so aku sambung touch up muka aku ni di bilik air sahaja.. lega....tanpa gangguan bla..bla tadi...

Aku tak faham.. kenapa staff Government mesti akan bualkan perkara ini selain dari perkara yg lebih penting dari perkara diatas??? (aku tak maksudkan pada semua, mungkin kebanyakkan yg aku jumpa seperti ini)

seakan mereka berlawan-lawan baju siapa yagn paling Vouge? siapa yang lebih blink2!, satu lagi tgk kasut baru atau yg tak biasa dilihat dimata terus "melatah"..

argh! mereka memang mcm tu kah? melihat kilauan emas di leher sahabat mereka terus pegang-pegang dan bertanyakan harga, si yg menjawab dengan bangganya

"Laki akak ni yang hadiahkan ada lar kot dalam 3-4k." "Wooo..patut nampak berat molek..Sayangnya laki akak!.. "

yang paling aku tak tahan.. bole plak dorang cakap ala-ala berbaur Lucah..

"Eh! spender mu pakai dok nie?? licin molek monggeng mu..." tanya seorang sahabat kepada sahabat yang tengah berbaring disisi mereka. " Spender! spender! pakai lah!" si yang baring menjawab. "oit! shyyy...." ada yang menghormati....

"Hoo... comey ngat belian mu tepek kat situ, bakpe mu dok tepek kat bawah tu? napok jelas sket situ! *ketawa* kalau mung nok suh aku tepek dakpe.. aku suke.. *ketawa*"


Walaupun bagi aku bukan lah lucah sangat, sememangnya jika berbual dikalangan perempuan jika bergurau pasti ada yg sedikit perkataan atau ayat yg berbaur lucah untuk melawak.." Tapi u'olz semua ni tak faham ke? tempat tu adalah surau.. tempat beribadat.. bukan tempat untuk bergurau atau berluncass disini! okey? Sila hormat!" boleh je aku nak kata mcm tu kat dorang tadi.. tapi dalam hati je...huhu So, aku buat-buat tak tahu dan tersenyum sambil membelek muka ku dicermin bedak compact ku.. nasib lar aku sudah menunaikan kewajipanku...

sememangnya.. aku tidak kusyukk di surau staff Perempuan itu tadi.. dan sangat melempiaskan kata hati yang sangat tidak berpuas hati.. *senyum sinis*

Esok..
masih ada 4 hari aku berkursus di sana, so 4 hari aku ber'lonely'. makan pun sorang-sorang.. ke surau ke tandas semuanya berseorangan..*sedih*
HUmm.. esok aku akan berehat dan bersolat di surau besar lah plak. Hope tiada gangguan mcm tadi...
Yang penting aku berdikari.. macam tak biasa lak..dan jangan lupa sentiasa mengukir senyuman dibibir.. agar tiada yang mengatakan aku ni sombonk! ok cheer up!

Aku suka kursus Landskap hari ini.. hope lepas ni aku semakin pandai ber landskap.. lagi-lagi konsep taman jepun dan cina. tak sabar rasanya hendak belajar membuat kolam ikan dan air terjun *senyum sesenyumnya...*

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More