Oct 27, 2010

tak tau nak tulis tajuk ape...

bokeh Pictures, Images and Photos 
owhh.. ini lah bokeh.. hehe.. bru ku tau..'Bokeh' lam gambar tu background yg blur2 tu.. hehe lagi blur lagi cun bokeh nye.. haa.. (Photography word)

Demam
Alhamdulillah, aku baru je baik demam.. biarlah aku demam hanya semalaman.. hehee.. *gedik juga nak bagitahu*  aku pun tak tahu kenapa tetiba aku demam dan badan aku mengumpul angin yang tak boleh keluar-keluar.. jenuh aku letak losyen pati halia dan minum teh halia. sampai lar nak tidur semalam aku makan ubat demam terusan aku down... ketiduran....hehee

Projek RZA
pagi ni ke kerja macam biasa. aku sihat alhamdulillah..
kerja macam biasa.. tapi aku rasa macam luar biasa sikit pada bulan oktober ni. terlalu banyak perkara yang aku nak settle kan. Alhamdulillah projek pun banyak masyukkk.. terutama projek membekal dan memasang pagar penghadang bangunan yang dalam proses untuk pembinaan ( Metal hoarding) dan ada lagi kerja-kerja berkaitan konkrit beserta besi. Korang mesti tau menda ape tu kan? Safety gate untuk penghadang antara bangunan yg tengah dalam binaan dan orang luar dari bahaya. Hmm projek tu adalah dalam 90-100k sesuai la ngan lesen kelas F ayah aku nie.. takde nye nak main berjuta..berjuta byk hutang.. ho hoo. bangunan 3 tingkat yg mengandungi 198 unit kedai/pejabat di batu 6 Kuala terengganu. Then, ada lagi 2-3 projek kecik yang masih dalam proses. Aku harap semua projek ni berjalan lancar dan siap tepat pada masanya..

New Company 'ku'
Alhamdulillah, hasrat dan impian aku sikit lagi nak termakbul... sekarang ni aku dalam proses mengisi borang untuk membuka syarikat baru aku.. Supplier and Tuisyen centre.. hasrat di hati moga ada business sendiri.. buat masa sekarang modal aku just pinjam dengan ayah.. hehee.. anak ayah..... kalau buat Loan Bank ofcoz interest nyee bertambah2 then secara tak langsung aku terlibat dengan riba.. So baik lah aku buat loan dengan ayah aku saje.. bulan2 buleh bayar tanpa ada interest. Korang jangan lupa doakan moga aku dapat business impian aku sendiri, walaupun business ayah aku dalam bidang construction ni sudah menjadi sebahagian dalam hidup aku, tapi aku ingin juga bidang yang aku minati.. aminnn..

Jodoh..
Seakan aku bosan dengan diri ini.. Lebih kan tumpuan pada kerja sehingga aku lupa seketika jejaka-jejaka di luar sana. mungkin aku masih setia pada dia.. hati bukan mudah untuk berubah dan merubah. bukan aku tidak sudi mencari yang baru. bukan aku tidak melayan kepada mereka yg hadir dalam hidupku.Bukan aku memilih. Kadang kala aku terasa aku seperti "Agen Jodoh" .. *senyum*
Mungkin belum tiba masanya lagi... atau aku sendiri yang belum pasti dan mungkin aku tidak yakin akan sidia yang hadir... perlukah aku hanya melayan karenah diri sendiri aku yang masih belum pasti akan hari yang datang???

Red Velvet Cake Pictures, Images and Photos
seyess.. aku masih belum puas melahap ini kek..
kek ni aku cilop dari photobucket.com jek..hehee

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More