Oct 4, 2010

Hari kejadian 4.10

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. nyawa ku, umurku masih panjang dikurniakan Allah Taala, hari ni genab umurku 24 tahun.
Semoga aku menjadi insan yang lebih tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh dengan dugaan dan pancaroba di dunia ini.. semoga Allah sentiasa memimpin aku ke jalan yang lurus dan diredhaiNYA..

Hari ni aku bangun tidur seperti biasa oleh kerana semalam aku tidur awal. lepas pukul 12am Ringtone HP aku tak berhenti-henti berbunyi tanda sms dan calling masuk daripada kawan-kawan yang hanya untuk mengucapkan "Selamat Hari Jadi, Happy Birthday Aja!" . Aku mengagahi untuk membuka mataku demi membalas 'terima kasih yang tak terhingga' buat sahabat-sahabat yang mengucap dan meraikan hari kejadianku. Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak mengingati birthday aku hari ni. Aku sayang kamu!~

DI ofis, menjalankan kerja-kerja seperti biasa, bila free aku menjenguk FB aku. wahhh.. banyaknya ucapan-ucapan daripada sahabat. lebih dari 100 ucapan yang memenuhi wall aku. Alhamdulillah, mereka meraikan juga.. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga buat mereka yang mengucap hari kejadianku...aku sayang kamu!~

Tengah hari..
aku dan ibu pergi ke Batu Burok Beach Resort, sedikit perbincangan mengenai beberapa masalah adikku dgn seseorang. rasa pedih nya hati.. luluh pun ada hati ini. keluarga sebelah pihak masih mencari adik aku. sepatutnya aku dan ibu tidak berhak masuk campur hal urusan rumah tangga adikku.. tapi kenapa kami mesti terlibat? baru sahaja sebentar tadi aku dimarahi mereka dan aku juga 'hangin' dengan kata-kata kesat mereka. dengan secara tak sengaja, suara aku menjadi lantang bagai rasukan amuk di landa ribut petir.. bukan aku hendak bersubahat dalam kes ini tapi rumah tangga mereka biarlah mereka yang menyelesaikan.. aku dan ibu tidak berhak.. tapi keluarga sebelah pihak degil dan enggan berputus asa memaksa kami utk memasuk campur urusan rumah adik aku.. aku buntu.. aku serabut.. biar lah.. aku berharap masalah ini akan selesai secepat mungkin...

kejadian siang tadi diresort, tiba-tiba bunyi dtuman yang kuat selepas aku melintas jalan.. depan lobi resort tersebut. sekali aku pandang....



Merc mata kacang ni sudah berkeadaan seperti ini....





dari sudut kolam renang dan belakang tempat aku dan ibu berjalan hendak ke cafe resort... entah cemane pakcik yang drive kereta ni boleh terlajak dan terbabas langgar pagar tepi kolam tu, nyaris nak masuk kola, nasib ada meja batu kat tepi kolam tu. sebelum tu elok je aku tgk pakcik tu yang tgh susun-susun bag nya dalam boot kereta merc semasa aku baru sampai di parking resort. alih-alih..may be masa dia buat reverse tersalah tekan gear agaknya.. jd stunt macam ni.. nasib pakcik tu takde ape2..
Bini dia lari terkebil2 dari lobi selepas kejadian berlaku.. "Abang!..Ya Allah Abang.. ape dah jadi??!" yang tu je sempat aku dengar.. masa tu pun aku dan ibu panik dan terkejut.. berlaku betul2 belakang kami..kalau lah tak, mesti aku dan ibu Innalillah... *haishh jgn.. aku tak kawen lagi..*





Malam kejadian..
Alhamdulillah ada yang celebrate birthday aku di secret recepy.. *bahagia*
makan kenyang2..sampai puas.. tapi tak abis pun. hehe Thanks a lot for my beloved friends, love u and miss u a lot.. kali terakhir dan kali terakhir. hope aku tak dapat lupakan kenangan terindah ini. walaupun seketika. sayang..... semoga kalian berbahagia... semoga kalian ceria dan happy selalu.. Terima kasih meraikan hari kejadianku.....



"Biarkan kucupan terakhir terletak di sanubari..keindahan damai merasa di hati.. genggaman erat tangan mu menjadi pendakap kekuatan jiwaku..kian indah ini terasa menjadi kenangan yang abadi buat dirimu dan diriku..."


2 SuKe KoMen..:

err..jap..jap..
adik da kawen? umo adik brapa ea?
awal dia btemu jodoh kan? hee..
oMG!! merc tu cam nak terbang je kan.
syukur la areja n mak slmt,
cmne ngn pakcik yg drve merc tu?
msti dia pon tkejut giler!
huhu,xdapat nk imigin..
pe2 pon, epy bufdy once again,
moga epi2 slalu..
;)

ika dear, hehe adik da kawen, lelaki. umor 22thn.. hehe nak wt cemane jodoh muda.
huhu, merc tu.. pakcik tu silap tekan gear..tu yg jd mcm tu..die ok.. keluar dr kereta senyum2 tambah ngan panik..
thanks ika.. insyaallah.
hope ika pun senyum2 selalu ;)

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More