Sep 27, 2010

perasankah aku? atau dia yang perasan?

disebuah kedai..
"eh, macam pernah tengok lar die nie!".. (sambil turun dari motor dan membuang topi keledar dari kepala, kemudian menghuraikan rambutnya yg ala rambut maggi..owh seorang gadis rupanya) sekali imbas bertentang mata dengan aku.. aku hanya melirik dengan mata dan senyuman sekilas pandang.. dia kembali tersenyum.. depan pintu kedai Seven Eleven.

dalam hati aku hanya berbisik.. "dimana kita pernah berjumpa? adakah kamu promoter dimana-mana kedai? atau pekerja dimana-mana syarikat? familiar sangatkah muka aku?" owhh.. abaikan...

gadis itu masih melirik dan memandang diriku dan beeOren aku yang tak berapa sihat ni..setelah keluar dari kedai 7E tu...

kemudian aku ke kedai runcit lain, masih mencari barang yang belum dijumpai... gadis bermotor itu melalui belakang keretaku, ketika aku keluar dari kereta untuk ke kedai runcit, gadis tu masih melirik pada aku dengan matanya yg sedikit membulat oleh eyeliner hitam yang tidak seberapa kemas calitannya.. aku hanya tersenyum......

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More