Sep 30, 2010

mengenangkan ZAMAN dulu....siapa aku sebenarnya....

Zaman Sekolah dulu-dulu..dari rendah sampai menengah...

Tak apa lah semua orang benci aku.. aku tak kisah.. siapa yang tak kenal aku memang tak kan lama berkawan dengan aku. Sebab aku ni si mulut yang 'lazer'.. sikit tak puas hati aku tembak orang tu sampai mati!! tembak dengan alunan kata-kataku yang berdas-das keluar dari mulut manis lagi merah sweet ini. Sebab itu lah ramai sahabat-sahabat berjauhan dari aku, rahsia-rahsia yang mereka katakan semua aku tak simpan kerana rahsia mereka mempunyai agenda-agenda yang tidak baik.. ohh aku bukan lah budak baik sebenarnya.. tapi aku adalah budak perempuan yang menuntut keadilan. Pada zaman persekolah time tu. pemikiran budak-budak agaknya...

Sepanjang hari persekolahan aku berjalan seorang... ke kantin, ke perpustakaan, ke tandas aku berseorangan... ke makmal, ke mana-mana sahaja.. tiada seorang kawan pun yang sudi berjalan dan bersembang-sembang atau diajak bergurau senda dengan aku.. Ibarat aku seperti dipulaukan.

Aku keseorangan.. kekadang tu aku rasa bosan, tiada teman yang hendak berbual atau bermain dengan aku.. Aku lihat seorang rakan sekelas aku juga, seakan dipulaukan kerana dia budak perempuan yang pengotor, beringus, baju sekolah nya yang tidak digosok, lusuh, buku-buku latihan nya seperti tidak dijaga dengan rapi, berlipat-lipat dihujung bucu lipatan setiap helaian buku latihan tersebut. Rambutnya kusut. tapi aku kagum kasut sekolahnya tak pernah kotor walaupun lusuh warnanya seperti warna bajunya. Aku faham dia hanya seorang budak kampung dan seorang yang susah. Rakan-rakan lain tidak sudi bersahabat dengannya kerana dia berbau busuk dan kotor.

Apa yang aku lihat dia hanya seorang yang tidak terurus kerana dia budak kampung tinggal dipedalaman. dia menceritakan padaku yang dia orang susah, ibu ayahnya bercerai. rumahnya hanya beratapkan rumbia dan berkongsi dengan keluarga lain, pernah juga dia bercerita kakaknya yang baru mencecah 14 tahun akan dikahwini dengan seorang lelaki yang lebih tua dari ayahnya, hanya kerana mereka susah dan tidak sanggup untuk menanggung lagi serta adik beradik yang ramai.

Time ni, aku darjah 5-6 semasa aku bersekolah di Sekolah Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah. budak perempuan tu adalah orang Sabah dan aku tak ingat die kaum apa. memang tinggal di kawasan lereng-lereng bukit dan dipenuhi hutan, pergi sekolah pun jalan kaki. aku kesian pada dia. cukup lah aku sekadar berkawan sebagai teman berbual dan menasihati apa yang patut. sedikit demi sedikit dia sudah menjadi gadis yang pembersih dan terurus. dan satu lagi aku kagum dengannya.. dia lebih pandai dari aku. dan selalu berkongsi pendapat mengenai pelajaran. (selalu juga aku meniru dia time tu..haha). aku amat baik dengannya.. entah apa khabar dia sekarang?? sudah lama aku meninggalkan sabah..


itu ceritaku dizaman aku bersekolah rendah..... lagi ceritaku dizaman sekolah menengah akan menyusul.. :)

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More