Sep 22, 2010

Baik ke'BZ'an dari Mengelamun.. tak gitu??

11.00am office sejuk.. ekon dah terpasang pada suhu 20c
tetiba bau ikan goreng...mungkin dari umah nenek aku td..

Perut tak lapar sebab dah makan meggi asam laksa tadi.. breakfast lak tu.. tetiba.. entah tahun bila terakhir saya menjamah meggi, tak ingat.. hari ni tetiba nak makan meggi plak..

Office yang bersepah, coz 2 hari dah tak masuk office. kursus...

baru-baru ni saya mengikuti kursus Site Administration for non.technical di Sumai Suite Hotel Batu buruk. contractor2 yang happening. sangat best masa buat discussion dan bengkel.
Banyak pengalaman yang saya ambil, terutamanya bab mengira kos projek, baca plan dan administration. lagi-lagi networking bersama kontraktor..

huhu tapi takda plak kontraktor lelaki yang muda-muda.. aiseh.. yang ade pun orang Kelantan. kalau orang Terengganu comfirm kena kejar macam yang pernah saya kena dulu time tengok site di ILP dulu.. kelakar plak kalau diingatkan.. haha.. dalam kursus ni ramai yang tua-tua dan staff bawahan saja mewakili kursus yang hadir. ye lah macam ayah saya juga kalau tak berkenaan tu mana lah dia nak serta. ada juga jenis Bos yang malas nak sertai kursus ni.

Kursus ni untuk penambahan point mata CPD, point ni dikumpul untuk menyambung lesen CIDB, kalau certificate CIDB ni tak ada, tak boleh la nak buat kerja-kerja construction dan supply dengan sah payment pun susah nak dapat. so kena lah ikot apa yang pihak CIDB ni buat bagi penyambungan date certificate ni.. lesen syarikat saya ni due date bulan 11 ni so, point dah cukup. untuk kelas F hanya 30 point sahaja diperlukan. Alhamdulillah.

Ok lah, sakit mata sebenarnya tengok office ni, pekerja-pekerja teknikal suka masuk office dan berehat dalam office saya ni. sebab nak rehat dalam bilik aircond katanya, bilik yang ada tiada aircond panas. banyak 'Hangin' betul lah.. saya dan ayah plak tak sampai hati. ayah plak jenis yang suka manjakan pekerjanya. haishh.. saya dah termakan besi berulamkan spanar dah nie.. tak larat nak simpan dah.. cemane saya nak buat biar pekerja-pekerja teknikal ni tidak dimanjakan sangat oleh ayah saya?

Ok lah nak kemas office, lepas tu nak kunci! taknak bg masuk dah..

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More