Jun 19, 2010

Hati Lebih Selesa Begini..

Hati ini merasa..
Hati ini akan meluahkan segalanya wahai sahabat baik yang aku sayangi... sekian lama...tak perlulah aku menyebut siapakah dia...



Yup..

hati lebih selesa begini.. kekadang memikirkan memang tak kan sudah.. buat apa berbalah pada perkara yang kecil? sedangkan menda yang tersalah faham dgn kata-kata org lain.. tiada niat aku untuk membatu apikan sesiapa disini atau didunia sana...atau org yang dah sememangnya dekat dgn family kita.. buat apa?

fikir lah.. bukan hendak bergaduh di alam maya.. TAPI INILAH BLOG. tempat meluahkan segala kata-kata dari hati penulis... kesat, Caci maki, pahit, tawar, manis, gembira, sedih, masam atau masin terpulang pada si penulis.. Terpulang kepada si pembacanya utk mengandaikan apa yg dibaca... baik buruk +VE atau -VE terpulanglah pada yang membaca.. ini hanya luahan si penulis.. blog dia ikut suka hati dia lah nak tulis apa-apa pun di blog ini....

Color Splash, Flowers, Beautiful Flowers, Roses. Flores, Rosas, Colour Splash, Art, Photography, Keefers Pictures, Images and Photos

Siapakah dirimu selama ini? masih mau bertanya?
Humm.. apa makna bagi aku jika kesalahan yang hanya dari kata-kata yang tiada bukti?? sudah aku nyatakan kata-kata itu, tapi hati mu berkeras masih mahu terasa. so wajarkah aku menerang kembali pada dirimu?? sedangkan kata-kata itu hanya salah faham??

sedikit kata sudah mahu menarik hati.. tapi perbuatan dirimu pada aku adakah dikau sedar? tidak menjawab talefon/ sms berhari-hari tanpa berita atau kata-kata, sedangkan aku terkinja-kinja mencari kamu utk tahu akan sebab musabab yg masih tidak berbalas kata.. sedeh lagi peritnya hati...sehingga kamu menghasut saudara mu sendiri utk tdk menjawab talefon/sms dariku.. sedangkan saudara kandung mu itu juga telah menjadi saudara aku.. jika terjadi apa2 yg tak diingini dan perlu aku beritahu padanya, siapa lagi yg aku nak sampaikan?? baik sgt kah sikap dirimu sedemikian??? Ingat aku tak sakit kah hati dgn cara hukuman mcm tu?

"Mananyaaa budak nie?? janji nak kua same2 balik kampung nie...blk ke tdk nie eh?" ~hari tersebut aku tunggu penuh kegembiraan dan kebahagiaan utk berjumpa sahabat baik aku.. terasa spt lama x jumpa wpun seminggu sebelum aku dah pun berjumpa dgnnya..~
Pada hari aku bertanya, dimanakah kamu? sudah balik kg? janji nak jumpa.. nak keluar dan lepak sama2..nak makan sama2.. nak berjalan sama2.. tetapi penantian tu.. HAMPA bagi aku oleh kerana dirimu balik ke kampung tanpa berita.. panggilan dan sms tidak dijawab.. pedihnya hati... Sebabnya hanya gambar yg aku uploadkan di facebook.. gambar yang sepatutnya dpt menumpang bahagia kepada sahabat-sahabat yg ingin melihat kebahagiaanmu..mendoakan kesejahteraan mu... bukan utk memalukan dirimu.. bukan utk menjatuhkan maruahmu.. jika itu jodohmu.. kami mendoakan yg terbaik utk dirimu.. mengapa mesti disembunyikan? sedangkan itu yg kamu pilih....

Sudah berapa lama kita bersahabat??
kenapa perkara mcm ni baru nak timbul? berapa kali kita dah bergaduh? berapa kali kita gelak ketawa? dan berapa kali kita suka dn duka bersama? tak terkira kan?
kenapa selepas kamu sudah berumah tangga baru kamu mahu sedar sikap aku? baru terasa nak buang aku akan persahabatan terjalin nie? dulu, kita tinggal serumah, bergaduh berhari2 pun, bermaki makian pun tak pernah terasa utk terus putus persahabatan ini.. kenapa silap kecil hanya kata-kata mereka baru kamu terasa terus hendak putuskan hubungan? lagi-lagi kamu cuba libatkan saudara kandungmu... kamu sedarkah dia adalah isteri kepasa ayah saudara aku?? aku tahu, dirimu sememangnya thau sejarah keluarga aku.. siapa pun aku dalam keluarga ini, mereka tetap keluarga aku.. walaupun ayah saudaraku bukan muhrim padaku..

Ingat wahai sahabat baik yg aku kenangi selama ini... siapapun ayah saudaraku, dan isterinya juga adalah keluargaku... siapa pun dia....dan jgn sesekali hendak memutuskan pertalian ini...

Aku letih...
letih memikirkan dirimu.. kerana aku tak sampai hati utk teruskan perbalahan yg tak kan sampai ke hujung dan pergaduhan yang sememangnya dimurkai Allah Taala.. kita bersahabat dari mula datangnya dgn keikhlasan dari hati memasing.. tiada pun persahabatan yg dtg mulanya dari kerana sesuatu... kita bersahabat dgn jujur selama ini..dan persahabatan ini sudha ku anggap seperti adik bradik... kenapa hari ni baru mahu terasa semua itu? kenapa mesti percaya kata org lain? sudah lah.. aku dah penat. dan aku tidak suka perbalahan ini diteruskan.. cukup lar setakat ini... ya, jika maaf yang kau harapkan.. Aku meminta maaf darimu.. walaupun aku tak faham akan luahan di blog mu... Ya, aku sedar aku bnyk mengguris hatimu... menyakiti hati mu.. tapi aku juga mahu sedar dirimu juga selalu mengguris hati aku.. kata-katamu tidak menyakitkan hati aku.. tetapi perbuatan mu adakala menyakitkan aku..

Color Splash, Woman, France, Paris, Photography, Colour Splash, Keefers Pictures, Images and Photos

Siapapun kamu..
Dari dulu hingga sekarang, baik buruk dirimu aku tidak pernah perlekehkan, dan tidak aku burukkan... tidak pernah aku berkata berlakang akan sikap mu yg sebegitu.. kecuali luahan ku... jika kamu terasa kata-kataku itu telah memburukkan dirimu.. andaianmu SALAH sama sekali...!! Tapi kamu? mungkin ada yg mengata aku, memburukkan aku pada sahabat2 yg 'mungkin baik' pada dirimu.. ya.. mungkin... tapi jika kenal seperti mana aku kenal diri mu yg seadanya.. mungkin tidak dapat menerima seperti aku menerima kamu selama ini.... susah senang dan ada masalah, aku sentiasa disamping kamu. mereka? boleh.. hanya sekadar mendengar.. ya aku tahu siapa mereka..... pergi lah andai itu yang kamu senang....

Color Splash, Hearts. Macro Photography, Colour Splash, Art, Photography, Keefers Pictures, Images and Photos

Aku sudah memaafkan dirimu.. dan aku meminta maaf dari mu segala kesalahanku... moga diri kita tiada lagi perselisihan faham....

Moga hari esok.. diri mu sentiasa aman dan berbahagia... maaf andainya kata-kata dan luahan aku dia post kali ini ada yang membuat jiwa batin mu tersentak dan merasa..... kerana inilah luahan aku utk kesekian kalinya.. Maafkan aku entah kali yang keberapa.....

5 SuKe KoMen..:

Panjangnye luahan hati cik nim...sabau jek laa

jangan sedih2 ya! selesaikan dgn cra baik.. ^__^

syed, bersabau je lah nim... nak buat cemane die msih xfaham kite...

ain, thanks sudi lawat blog areja :) Insyaallah akan diselesaikan dgn baik.. ;)

erm...memang susah nak gambarkan apa yang dilalui..apa yang pasti..yang berlaku n akan berlalu semua dah dtentukan..hope kesudahan yang baik

mr.chenta, Insyaallah doakan yg terbaik yek :) thanks

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More