Oct 20, 2009

Aura Warna & Diet and Diet.....

fat cat diet 2 Pictures, Images and Photos

Bosan je asik entry yg ber 'emosional' kan?
kalini tengah-tengah bosan format dan install program kat PC ofis ni ada juga fakta untuk saya share kan bersama kawan2...
Maklumat kesihatan memang saya suka sangat baca terutama majalah RAPI & Health..
hehe nak jd doctor tu tak kesampaian lar coz lebih minat pada bidang IT..hehe..
dan tengah-tengah saya survey blog-blog td terjumpa satu entry 'diet' ni..*nak mula diet ker?*

Haa...sebut sal die ni..sejak 1-2 minggu lepas saya asik tencion dan menyebabkan badan saya makin chubby..huhuu...sangat lar tak cantik..semua dah tegur..dan ade lah kate2 yg tak indah telah keluar dari mulut mereka ini..."ni apsal? dah makin gimuk ni..?".. "ade masalah ke jar? da takde cutting..." Ahaks! sungguh memalukan...sangat memalukan...

Remember diet Pictures, Images and Photos

Nampaknya tips yang paling berkesan untuk diet saya kawal waktu makan dan kurangkan tekanan...life must Happy...huhu..Lagi2 Nasi yg menjadikan tarikan utama saya sejak2 akhir nie..sebelum ni satu senduk pun tak sampai...skrg da macam 3 senduk je..wah wah...*makan tak igt dunia...*

Maklumat2 tu kawan2 boleh baca juga kat sini sayang tubuh anda baca ini.

Aura Warna.. Haa... entry ni saya Copy sahaja dari Blog yang sama link di atas juga diambil dan ditulis oleh Dr. Noordin Darus..
Inilah warna kegemaran saya..tp sayang Orange takde...tapi takpelah Jingga pun seakan juga kan?hehe..

# Merah

Seperti ditulis dalam artikel saya sebelum ini, mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

# Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat yang saya maklumkan pada artikel saya sebelum ini. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.

Sumber : http://anizyn.blogspot.com/2009/09/warna-aura-dr-noordin-darus.html

makna setiap aura warna yg diperkatakan tu mcm sama juga sifat saya..nak kate semua tak juga lah may be dlm 95%..*mcm byk jerk*

ape2 pun Wallahhua'lam :)

7 SuKe KoMen..:

Assalammualaikum... mmm..hari ni cerita bab kesihatan ye... mmm...Ar'ja dah makin comei ye.. takpe... kebanyakkan perempuan memang cepat naik badan dia... yang penting jaga makan...he3.

Fuyoooooo...bnyk gk tu sifat² yg kena buang...heeh

Zool : salam,betul tu zool, hehehe pemakanan zaman skrg tak mcm dlu...lebih pada kesihatan...skrg main taram jekk..

Syed : banyak ke kene buang?hehe yg mane? tak same ke semua?hehe

mmmm.... sebab tu lah.. ramai yang dapat sakit... kalau dulu orang orang mati sebab tak cukup makan... sekarang orang mati sebab terlebih...makan...he3

zool : hehe..rasenyer mcm tu lah..dpt lar pakej (jantung, kencing manis, obesiti) hehe..so berdiet2 la ye :) amalkan pemakanan yg sihat.

thank you bagi nasihat kat zool...mmm... Are'ja kalau rajin...jenguk lah blog zool ye...
blog zool kekurangan pembaca...mmm

zool : InsyaAllah.. klu nak ramai pembaca zool kene masukkan entry yg menarik perhatian pembaca bru lah ramai yg melawat. :) ok. tq

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More