May 19, 2009

Alhamdulillah..

Semua projek berjalan dengan lancar. hari ni pun saya tak duduk di ofis sangat, pagi-pagi lagi dah start enjin kereta untuk ke bandar. hari ini saya perlu menguruskan pendaftaran saya untuk mendapatkan sijil dan lesen kontraktor.

CIDB LOGO Pictures, Images and Photos

Dalam banyak-banyak kursus yang dianjurkan oleh Akademik Binaan Malaysia (ABM) under Construction Industri Development Board (CIDB) tu semua nya berkaitan dengan binaan dan kemahiran, ape yang saya nak sampaikan disini boleh ke wanita seperti saya buat kerja-kerja kemahiran seperti itu? wallaaaa....

Kursus-kursus kemahiran tersebut seperti Welding (speaciallist in my company bussiness), Building, Plumbing, paip and Gas, dan lain-lain yang berkaitan. dalam banyak-banyak senarai kursus tersebut saya pilih Landskap sahaja. itu je lah salah satu kursus yang maybe kerjanya tak berat seperti kerja-kerja lain, walaupun zaman sekarang ade kaum wanita menceburinya. Dalam borang tersebut perlu buat 2 pilihan, apa-apa pun dua-dua pilihan saya pilih landskap..haha...tak sanggup lar saya nak ambil kursus welding tu..

Sebenarnya saya ni dah macam BIDAN TERJUN..!!!
hahhaa... Daripada bidang IT ke bidang Kontraktor.. tapi apasalahnya kan? menceburi banyak bidang luas pengalaman..betol tak? Landskap tu...entah lah tak tau ape2 sebenarnya.."tapi ayahkan ada...." itu lah ayat die..hehe...thanks ayah for supporting me..i love u sooo much!! and my mum too..

Setelah selesai urusan saya di CIDB dan melayang lah RM100 (2 orang) untuk pendaftaran kad hijau, 2 orang tu adalah saya dan adik saya yang kedua. kemudian saya ke Wisma Negeri plak untuk urusan Lesen Projek Pembangunan Negeri yang telah di black list 2 tahun lepas. So projek setiap tahun yang sepatutnyer dapat tak dapat-dapat sehingga sekarang, ape yang saya nak ceritakan mengenai ini tunggulah story yang akan dtg..hehe..

Naik lift ke tingkat 10, jumpa dengan seorang pegawai tadbir Jabatan Pembangunan Negeri, setelah menceritakan semua perihal berkenaan syarikat ini, dokumen syarikat dan salinan juga saya tunjukkan pada beliau, beliau akur dan menyemak kembali sebab musabab. kebetulan hari ni adalah hari mengundi untuk projek negeri di wisma tersebut. =( sedeh tak dpt mengundi projek. tak pelah bukan rezeki keluarga saya kot untuk kali ni..

Setelah selesai segala urusan kerja, saya teringat baru-baru ni classmate saya 5 Pengurusan Perniagaan (PPN1) *Shahrul Amin, satu-satu nya jejaka dan ketua kelas kami dahulu, yang paling berhemah sikit-sikit kuat jugak rajuknyer kerana die seorang jer lelaki dalam kelas PPN tu..hehe cerita lama...Then saya terus ke Sekolah Teknik Wakaf Tembusu untuk mengisi borang Alumni yang dimaksudkan coz katenyer tak lama lagi ade reunion untuk batch 02/03 maybe skali batch lain, tak tau lar saya, ape-ape pun saya juz isi sahaja, after that jumpa adik saya si Nurhatin dengan pakaian Uniform JPA nya. Lagi pun adik saya ni tengah musim exam pertengahan tahun, so pray for her and gud luck my sweet sis!

Terus balik ke rumah, tolong ibu memasak plak..time tu melahap....k tata.. =P

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More