Apr 21, 2008

DaRah MeMbeNtUk diRi???

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu
mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu
sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun,
kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi
gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu
sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri
sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha
untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara
sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat
cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu
serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu
memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang
demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu
agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam
hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara
berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan
berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di
sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif,
sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu
itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori
individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau
bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung
waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga
perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan
kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.

that's mine..hehe

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu.
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua
perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan
cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif
dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan
diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak
bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar
berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain
itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita
boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu
yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu
berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga
memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan
sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu
itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat
keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat
keputusan untuk diri kamu sendiri.

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More