Mar 18, 2008

Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi

Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi


LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza - lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.


Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.

Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.

"Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta," kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.

(DUNIA, Berita Harian Online)

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More