Mar 25, 2008

kenangan terindah...

KeNaNgAn TeRiNdAh..

aku brgegas meninggalkan bilik
mesyuarat setelah mndapat panggilan dr
adik iparku. isteriku kemalangan? ya
Allah..mcm mana la anak kami? sudahlah
kandungannya sudah 9 bulan dan sudah
sepatutnya melahirkan
anak..erm..kemalangan pula.. menurut
adikku, isteriku terjatuh dari tangga
pejabatnya sewaktu mahu keluar makan
tengah hari..hai.x sabar rasanya untuk
sampai ke hospital, bisikku di dalam
hati. apabila sampai di hospital aku
bergegas menuju ke unit rawatan rapi.
di satu sudut kulihat emak dan ayah
mentuaku duduk di atas kerusi dengan
wajah sugul. isteriku sedang dibawa
dengan stretcher untuk ke icu. aku
berlari menghampiri isteriku..kulihat
wajahnya pucat krn banyak darah yang
keluar. kasihan isteriku.. dalam
kesakitan, dia msih mampu untuk
mengukir senyuman kepadaku. aku
memegang tangannya.sejuk.. attendant
hospital menolak stretcher untuk masuk
ke icu. aku masih memegang tangan
isteriku..xsanggup nk
lepaskan.. "sayang, sabar ye..doa
byk2..saya sayang awak, cintakan awak
sgt2..luv you sayang",bisikku
perlahan.. serta merta raut wajah
isteriku berubah. air matanya mengalir
sambil merenungku. "terima kasih,..
dari hari pertama saya kenal awak
sampaila kita kahwin dan sehingga hari
ini.. saat saya akan melahirkan
zuriat, darah daging awak, inilah kali
pertama awak cakap awak sayang dn
cintakan saya..terima kasih..ini adlh
kenangan terindah saya dan saya akan
ingat sampai bila2..",ucap isteriku
perlahan. dia melepaskan tanganku dan
terus ditolak memasuki icu..aku
terkedu..terduduk aku di hadapan wad
icu.. serta merta memoriku memainkan
visual2 di saat pertama aku berkenalan
dengannya. isteriku yg lebih dahulu
menyatakan bahawa dia sukakan ku..
walaupun hakikatnya aku lah yang telah
lama jatuh hati padanya tetapi xpernah
kuluahkan... saat aku melafazkan akad
untuk memperisterikannya, sewaktu
malam pertama kami..ketika dia
memberitahuku bahawa dia
mengandung...mana???? ya..tiada!!
tiada satu pun memori saat aku
mengatakan aku sayang dan cinta
kpdnya..tiada..langsung..air mataku
mengalir....ya Allah, kau biarkanlah
isteriku terus hidup supaya dapat aku
lafazkan aku sayang dan cinta padanya
setiap hari..setiap hari ya
Allah..amin... selesai mengalunkan
azan ditelinganya, aku menyerahkan
anak lelakiku kepada emak mertuaku
yang duduk di hujung katil hospital.
aku menghampiri isteriku yang terbujur
kaku. wajahnya yang dulu manis kini
pucat tidak berdarah..perlahan2 aku
mengucup dahinya.. aku merenung
wajahnya sayu..hatiku berbisik..inikah
wanita yang pertama yang berjaya
menambat hati lelakiku? wanita yang
telah kumiliki dengan sekali lafaz
sahaja sewaktu akad nikah? wanita yang
bersusah dan bersenang denganku selama
2 tahun aku memperisterikannya? wanita
yang telah bertarung nyawa dan
menghabiskan hayat nya untuk
melahirkan darah dagingku? wanita yang
hanya mendengar lafaz cinta dariku
hanya sekali sahaja sepanjang
hayatnya?? wanita ini. yang telah
kuserahkan seluruh jiwa ragaku
kepadanya dan xkn ku jumpa lagi
apabila pulang ke rumah nnti.. tiada
lagi akan mendengar suara dan senyuman
manisnya esok, minggu depan, tahun
depan...dan hanya akan aku jumpa
semasa hari kebangkitan nanti..??
inikah..? ya Allah..aku memandang anak
kami..inilah satu2 nya harta berharga
yang ditinggalkan oleh
isteriku..kenangan kami..kenangan
terindah yang akan aku kenang dan
ingat sehingga akhir hayatku...tiba2
pandanganku jadi kabur...seluruh dunia
terasa gelap.. aku rebah disisi
isteriku, yang tidak lagi bernyawa....

loving


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

I tell u because i luv u...

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More