Oct 10, 2007

’JANGAN’

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket SEMBILAN PERKARA ’JANGAN’ KETIKA RAYA (^^,)


1. Jangan membakar duit dengan jumlah
yang banyak untuk bermain bunga api.
Hanya sedikit untuk kanak-kanak. Elakkan
bermain mercun kerana ia boleh membawa
padah.


2. Jangan menghabiskan masa dengan
kawan-kawa n tanpa menziarah saudara mara.


3. Jangan meraikan hari raya di pusat
hiburan, taman bunga, ’chatting’ yg lama
di internet, lepak di pusat membeli
belah, terlalu banyak berhibur seperti
menonton wayang, tv dan lain-lain.


4. Jangan melakukan perkara negatif
seperti pergaulan bebas, ambil pil
khayal, lumba haram, dating, bermalam di
hotel yg akhirnya berzina.


5. Jangan suka bermegah-megah dengan
barangan/p eralatan/perhiasan/p akaian
yang dimiliki sehingga menipu/mengutuk
o rang lain punya.


6. Jangan membazirkan wang dengan
hidangan yang keterlaluan atau dengan
membeli sesuatu yang mahal, atau membeli
sesuatu dengan bilangan yang banyak,
atau membeli sesuatu yang mengikut tren
sehingga ia digunakan hanya sebentar &
tidak digunakan lagi selepas raya
seperti baju, kasut, selendang/tudung,
handset dan sebagainya. Ingatlah orang
yang membazir itu sahabat syaitan.


7. Jangan memandu mengikut hati; ikutlah
peraturan dan had kelajuan. Jagalah
keselamat an diri & orang yang tersayang...


8. Jangan membelanja pasangan dengan
keterlalua n seperti makan di hotel yang
mahal atau membeli hadiah yang mahal
untuk orang yang dicintai.


9. Jangan mengumpat orang yang baru
diziarahi seperti ”Baju yang dipakai
tuan rumah tu baju pasar malam, kuih
yang dihidangkan tak sedap” atau ”kita
beri anak dia 2 ringgit, dia beri anak
kita hanya 1 ringgit”. Kan baru minta
maaf ketika raya!


Renung- renungkan dan selamat beramal.

0 SuKe KoMen..:

Post a Comment

ApE LaGi, dA jEjAk tu, JgN LupeR tingGaLkan CoMmenT AnDa Ye..TanKiu :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More